Sunday, May 17, 2009

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN (UMUM)

SPPK UMUM

Saranan Y.B. Menteri Pelajaran dan pernyataan dalam Teras II PIPP terhadap pentaksiran:

§ Mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan (content based) kepada berasaskan kemahiran dan kebolehan (skill and ability)

§ Mengurangkan mata pelajaran

§ Menggunakan sistem semester

§ Mampu menggalakkan pembinaan karakter

§ Berupaya meningkatkan kualiti murid dari segi binaupaya insan (human capacity building)

§ Melibatkan semua pihak di KPM

§ Melaksanakan kajian rintis

• MATLAMAT SPPK

• Mengurangkan tekanan peperiksaan awam

• Memperkukuhkan PBS

• Pentaksiran yang berterusan

• Memperbaiki pembelajaran murid

• Pentaksiran yang lebih holistik

• Membina modal insan dengan lebih berkesan

• KONSEP PENTAKSIRAN YANG DICADANGKAN

– Sistem pentaksiran holistik yang berupaya memberi gambaran menyeluruh tentang penguasaan ilmu dan penghayatan nilai-nilai teras (core values) dipupuk melalui pendidikan.

– Nilai-nilai teras:

q Berketrampilan

q Berinovasi

q Berakhlak mulia

q Bertanggungjawab

q Bersikap patriotik

q Keusahawanan

• APA YANG DIKURANGKAN

• Kebergantungan kepada gred dan skor peperiksaan berpusat untuk mendapatkan maklumat tentang pebelajaran murid

• Penekanan kepada pencapaian akademik

• Bilangan mata pelajaran bagi peperiksaan pusat

• APA YANG DIPERTINGKATKAN

• Pentaksiran tentang penyertaaan, penglibatan dan prestasi murid dalam aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum secara sistematik dan objektif.

• Pengupayaan sekolah dan guru untuk mengendalikan pentaksiran tentang pembelajaran (of learning) dan untuk pembelajaran (for learning).

• Pengiktirafan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

• APA YANG DIPERKENALKAN

• Pentaksiran rujukan standard untuk memberi makna kepada prestasi dan pencapaian murid dalam pembelajaran

• Pentaksiran psikometrik untuk mengumpul maklumat tentang kesediaan, bakat, kecenderungan, sahsiah dan kebolehan am murid untuk membantu guru lebih memahami murid mereka

• Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum untuk mengumpul maklumat tentang kecergasan, kesihatan dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulm

• Pentaksiran berterusan dari peringkat Prasekolah hingga ke peringkat Sekolah Menengah Atas

• Kerjasama dengan pelbagai agensi dan pihak luar yang berkepentingan dan berwibawa dalam proses pentaksiran pendidikan dan pensijilan

• PERKARA YANG DICADANGKAN

Sistem pentaksiran yang holistik, rujukan standard, fleksibel dan seimbang:

§ Mengiktiraf Pentaksiran Berasaskan Sekolah

§ Mengurangkan peperiksaan awam

§ Mengurangkan mata pelajaran dalam peperiksaan awam

§ Mewujudkan sistem pentaksiran yang membolehkan guru mentaksir semasa mengajar dan murid ditaksir semasa belajar

§ Mengadakan pentaksiran sistem semester

§ Mewujudkan pangkalan data pentaksiran di PPD

§ Mewujudkan pentaksiran alternatif yang relevan dengan keperluan murid

No comments:

Post a Comment